RM89.00
Kampung Tanjung dan Kampung Pulau Gajah, Sabak, Kelantan menjadi saksi keindahan warisan silam dunia pelaut orang Melayu. Terlebih dahulu, kedua-dua kampung ini yang terletak di pinggir pantai Pengkalan Chepa adalah kampung nelayan tradisi. Mewarisi pekerjaan ke laut sejak berzaman yang lalu. Meskipun terdapat ratusan kampung nelayan dan pusat aktiviti nelayan di seluruh Malaysia namun perahu cantik ini hanya wujud di kampung ini. Lebih mengkagumkan satu-satu sepertinya di Malaysia. Perahu cantik ini dipanggil sebagai perahu kolek di kalangan penduduk setempat. Namun penulis lebih terpikat untuk memanggilnya sebagai Perahu Sobek kerana untuk tampil cantik begini memerlukan sentuhan seni pelukis yang berbakat luar biasa. Gerak kerja melukis badan perahu ini dinamakan sebagai ‘sobek perahu’. Jika dahulu bilangannya mencapai ribuan jika mengambil kira kehadirannya di pantai-pantai seluruh Kelantan malah sehingga ke Besut, Terengganu. Sayang sekali, dek cabaran masa dan perubahan dalam teknologi perikanan, bilangan Perahu Sobek semakin berkurangan. Terdapat anggaran 40 buah Perahu Sobek yang masih gagah bertahan di sini. Masyarakat nelayan Kampung Tanjung dan Kampung Pulau Gajah wajar merasa bangga kerana jika tidak kerana mereka, warisan Perahu Sobek ini pasti sudah lama hilang di bumi Malaysia.
Reviews
There are no reviews yet.